Kor SUKSIS merupakan singkatan bagi “Kor
Sukarelawan Polis Siswa Siswi”. Ia merupakan satu-satu penubuhan polis bagi
pelajar yang terlibat hanya penuntut-penuntut Institusi pengajian Tinggi Awam
(IPTA) di Malaysia.
Kor SUKSIS merupakan pusat latihan bagi melahirkan
pengawai kadet dalam kalangan penuntut universiti. Ia juga salah satu program
Polis Diraja Malaysia untuk melatihkan pegawai polis daripada kalangan penuntut
universiti. Kor SUKSIS adalah ditubuhkan di bawah Akta Polis 1967, Penubuhan
Kekuatan Kor Kadet Polish (bahagian 9) and Sukarelawan Polis, PVR (Bahagian 8).
Kor SUKSIS UPSI adalah diuruskan oleh Pusat
Kokurikulum di UPSI dan Kor SUKSIS boleh dijadikan sokongan bagi PDRM pada
bila-bila masa sekiranya perlu.
Kor SUKSIS UPSI ditubuhkan pada 13 hb Ogos
2005 dan terdiri daripada 52 orang anggota, iaitu 13 siswa and 39 orang siswi.
Namun, tertinggal 48 orang anggota sahaja untuk meneruskan perjuangan apabila 4
orang anggota keluar dari Kor SUKSIS.
Penubuhan Kor SUKSIS Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) adalah atas inisiatif Y. Bhg Datuk Muhamad Rais bin Adb.
Karim, Naib Cancelor serta Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia di Bukit
Aman pada December 2004.
Dengan itu, pengambilan anggota Kor SUKSIS
bermula pada bulan Julai 2005. Temu duga dan pemeriksaan fizikal diuruskan oleh
Ibu Pejabat Kontijen. 52 orang siswa siswi telah Berjaya dipilih untuk
menyertai kumpulan pertama Kor SUKSIS dan menjalani latihan pada 13 Ogos 2005.
Pada masa itu, hanya 2 orang jurulatih dilantik untuk menjalani tugas dalam
latihan.
Pada 1 Oktober 2005, 2 orang jurulatih
telah menyertai kor tersebut, dan pada awal tahun 2006, 5 orang pegawai
kehormat dilantik:
- YDH ACP/KS Prof Dato’ Dr. Abdullah Al-Hadi bin Hj. Mohamed sebagai Komanden
- YDH SUPT/KS Prof Dr. Aminah bt. Ayob sebagai Timbalan Komanden
- YDH DSP/KS Hj. Mohd Najib bin Mohamed sebagai Ajutan
- YDH ASP/KS Saiduri bin Dollah sebagai Pegawai latihan luar
- YDH ASP/KS Yusri bin Yakub sebagai Pegawai Latihan Akademik